Ya Allah Ya Tuhanku..Belum pun benar hilang pilu yang dulu, yang baru pula datang menerpa kalbu. Rupanya tahun ini masih lagi diri ini diuji dugaan dan kesedihan yang sebolehnya tak ingin ku hadapi lagi. Kekusutan masih mendatangi hidup untuk perkara yang hampir sama. Perkara yang aku bimbangi, datang kembali mengetuk memori duka, dan sedikit sebanyak calar balar itu mungkin akan menambah parah luka lama..
Ya Allah,
Mungkinkah ini memang takdir hidupku? Kerana ku lihat segalanya masih begitu. Namun, andai benar ini tertulis untukku.. untuk apa aku menangisi nya lagi? Astaghfirullah.. Rabbul Jalil, jangan Kau biarkan mutiara di kelopak yang bergenang ini menitis, andai perkara itu tak seharusnya ditangisi..
Ya Allah,
Bukan niatku mempersoalkan apa yang telah Kau tetapkan, tapi sesekali jiwaku sebagai seorang manusia meronta2 inginkan kepastian, apakah lagi, tatkala ada bisikan2 yang membuat rontaan itu main kuat. Namun andai ini hukuman dan balasan dosa silamku, aku redha. Kerana aku tahu Kau lebih tahu dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Ya Allah,
Syukur ku panjatkan padaMu kerana masih aku dipanjangkan usia untuk merasai bermacam suka dan duka. Moga setiap pengalaman ini akan mematangkan usia.. Moga ikatan ukhuwah fillah yang terbina tak longgar hanya disebabkan perkara seperti ini.. Jadikan kami hambaMu yang sentiasa redha dan bersyukur..
Ya Allah,
Ampunkan aku, kerana selalu lemah, meskipun aku tahu ujian untukku tak seberat ujian untuk para nabi dan rasulMu.. Jadikan aku hamba yang selalu tabah.. agar kaki ini terus melangkah tanpa goyah.. biarkan aku kuat untuk bangkit kembali setelah tersungkur dalam mencari rahmatMu..
Ya Allah,
Mohon agar hambaMu yang hina ini diberi kekuatan untuk memerangi segala godaan nafsu dan hasutan syaitan..
Amin ya rabbal alaminn..
***
Ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi
sudah suratan Illahi..
Ku biarkan pena menulis
meluahkan hasrat di ha
moga terobat segala keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini…
~ Biarkan bait-bait ini menjadi ganti untuk menerangkan lafaz yang tersimpan di hati ~
Para Komentator :
Posting Komentar